Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat
kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh
kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan
kerana banyak bersolek/berhias untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakan ke atas
langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka.
Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, yaitu:
1. SeOrang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia
tidak mau menutup (berkerudung) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
lain.
2. SeOrang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.
Rasulullah s.a.w.bersabda: "Seseorang wanita yang menyakiti hati
suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya
di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang
lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang
perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum
pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan
menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa da n
siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia
menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.
4. Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah
tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas,
membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias
untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban
orang lain.
6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan
gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di
kalangan orang ramai, dan bermaksud supaya orang melihat akan tertarik
kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai
kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan
kalajengking adalah kerana dia itu solat, tetapi dia tidak mau mengambil
wudu dan dia tidak mau mengerjakan solat, puasa serta tidak mau mandi
junub.
8. SeOrang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya
pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka
berdusta.
9. SeOrang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.
10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta
keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit
pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.
Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita penghuni neraka
yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa
peristiwa Israk dan Mikraj.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar